GELAGAT Neymar ketika sesi latihan Brazil. FOTO AFP
GELAGAT Neymar ketika sesi latihan Brazil. FOTO AFP
Agensi

Rio de Janeiro: Bintang Brazil Neymar sekali lagi merungut mengenai keadaan padang di Copa America.

Tuan rumah Brazil akan menentang Chile pada aksi suku akhir di Stadium Nilton Santos, Rio de Janeiro pada Sabtu ini yang permukaan padangnya mengundang kritikan sejak permulaan kejohanan.

Dalam Instagramnya, Neymar mempersoalkan "Dimanakah aksi Brazil seterusnya selepas ini?" sambil disertakan sekali padang yang kotor dan keadaan Stadium Wembley yang teruk ketika Sukan Olimpik 2012.

Neymar turut mengkritik padang Rio selepas Brazil menewaskan Peru 4-0 pada 17 Jun lalu.

"Meraikan jaringan di padang Engenhao yang 'cantik,'' kata penyerang itu yang menggunakan bahasa Brazil merujuk stadium.

"Tolonglah perbaiki padang."

Lionel Messi dan jurulatih Argentina, Lionel Scaloni turut mengkritik padang Nilton Santos.

Media Brazil melaporkan minggu lalu pasukan mereka mahu aksi suku akhir berlangsung di Arena Pantanal di Cuiaba susulan padang yang menyeksakan di Rio.

Jika Brazil mara, mereka juga akan beraksi di Nilton Santos pada separuh akhir.

Persekutuan Bolasepak Amerika Selatan (Conmebol) berkata mereka kelmarin sudah pun menaik taraf Stadium Maracana untuk aksi final pada 11 Julai.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Jun 2021 @ 11:08 AM