HAZARD dilihat cergas untuk beraksi 90 minit bersama Belgium. FOTO Agensi
HAZARD dilihat cergas untuk beraksi 90 minit bersama Belgium. FOTO Agensi
Agensi

St Petersburg: Eden Hazard meluru ke bangku simpanan dengan kesakitan di bahagian buku lali selepas wisel separuh masa pertama di bunyikan.

Keadaan itu menimbulkan persoalan di kalangan peminat Belgium. Adakah Hazard cedera sekali lagi?

Dia akhirnya mengejutkan banyak pihak termasuk dirinya sendiri apabila pemain sayap itu melengkapkan keseluruhan perlawanan ketika Belgium mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Finland.

Perkara itu tidak pernah berlaku dalam tempoh 577 hari sejak Hazard beraksi penuh 90 minit sewaktu Real Madrid menentang Real Sociedad pada 23 November 2019.

"Saya menyaksikan Eden Hazard yang lama semula," kata jurulatih Belgium Roberto Martinez.

Martinez bukan nama yang asing - ketika menjadi pengurus Everton, dia melabelkan pemain tengah Gareth Barry "seorang daripada pemain terbaik Inggeris" - namun komennya terhadap Hazard mudah untuk difahami.

Pada pertengahan babak kedua di St Petersburg, dia bermain dengan caranya, gembira dapat mencabar lawan dan bermain dengan bebas.

Dia berdepan nasib yang buruk apabila dihantui kecederaan sejak bersama Real pada 2019, dia mengalami kecederaan patah buku lali kanan dua tahun lalu namun kini dilihat sudah pulih sepenuhnya.

Persoalannya adakah Hazard sudah melakukan yang terbaik untuk memastikan tempatnya dalam kesebelasan utama negara itu menjelang saingan kalah mati.

Martinez bagaimanapun tidak dapat memberi jaminan tempat Hazard akan terjamin Selasa ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Jun 2021 @ 12:03 PM