BARISAN pemain Sepanyol sedang menjalani latihan. FOTO EPA
BARISAN pemain Sepanyol sedang menjalani latihan. FOTO EPA
AFP

Madrid: Sepanyol sudah bersedia menghadapi ujian getir aksi terakhir peringkat kumpulan bertemu Slovakia tengah malam esok dengan anak buah Luis Enrique memerlukan kemenangan untuk menjamin tempat ke pusingan 16 terakhir.

Selepas mengetepikan Sergio Ramos, tindakan Enrique itu mula mencetuskan persoalan kerana kurangnya kepimpinan dalam pasukan muda Sepanyol ketika ini.

"Kami sudah memenangi saingan Euro dan Piala Dunia tetapi skuad kali ini rata-ratanya dibarisi pemain muda.

"Terdapat beberapa pemain mampu galas tugas kapten dalam pasukan ini. Kami tahu bagaimana untuk bertindak dan setiap pemain pastinya akan memberikan yang terbaik," kata bintang Chelsea, Cesar Azpilicueta.

Kapten Sergio Busquets dijangka akan beraksi selepas kembali menyertai pasukan susulan ujian Covid-19 yang negatif.

"Dia seorang pemain yang sangat penting kerana mempunyai pengalaman luas di dalam dan di luang padang.

"Dia juga seorang kapten yang menakjubkan dan sering mendominasi bahagian tengah. Kami gembira kerana dia dapat kembali semua," kata Azpilicueta.

Azpilicueta berkata, Sepanyol boleh mendapatkan inspirasi daripada kejayaan Chelsea menjulang trofi Liga Juara-Juara musim lalu.

Dia serta rakan sepasukan di Chelsea menjulang trofi berkenaan selepas menewaskan Manchester City di pentas final hasil bimbingan pengurus baharu, Thomas Tuchel.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Jun 2021 @ 11:02 AM