AZPILICUETA menghantar pesanan ringkas kepada rakan sepasukan berhubung pemotongan gaji. FOTO AFP
AZPILICUETA menghantar pesanan ringkas kepada rakan sepasukan berhubung pemotongan gaji. FOTO AFP
Agensi

BARISAN pemain bintang Chelsea bersetuju menerima pemotongan gaji sebanyak £10 juta (RM54 juta) untuk tempoh empat bulan akan datang bagi meringankan beban kewangan kelab.

Pemotongan sebanyak 10 peratus bermula bulan depan itu akan berterusan sehinggalah permulaan mula baru liga yang dijadual berlangsung pada September.

Kesemua barisan pemain The Blues’ bersetuju dengan pemotongan gaji itu selepas menerima pesanan ringkas daripada kapten kelab, Cesar Azpilicueta.

Azpilicueta, 30, bertanya jika mereka bersetuju dengan pemotongan gaji sehingga musim panas dan pemain dari Sepanyol itu menerima jawapan ‘setuju’ daripada rata-rata pemain.

Pengurus Stamford Bridge, Frank Lampard secara sukarela bersetuju untuk gajinya dipotong.

Difahamkan gaji Lampard dipotong sebanyak 25 peratus daripada £5 juta (RM27 juta) yang diterimanya setahun.

Tiada klausa pembayaran semula berkaitan kelayakan ke Liga Juara-Juara atau Liga Europa seperti ditawarkan kepada pencabar dari bandar yang sama, Arsenal.

Chelsea kini berkedudukan keempat Liga Perdana berbaki sembilan perlawanan tetapi skuad berkenaan tidak akan dibayar walaupun mereka terus bertahan di kedudukan berkenaan

Sumber berkata: “Barisan pemain memahami keperluan untuk menjimatkan wang. Namun dengan keadaan semasa, mereka mahu memastikan wang yang diberikan oleh mereka dapat membatu kelab.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 April 2020 @ 8:55 AM