SESI latihan skuad England sebelum turun menentang Jerman Selasa ini. FOTO Agensi
SESI latihan skuad England sebelum turun menentang Jerman Selasa ini. FOTO Agensi
Agensi

London: Skuad England kini dibayangi kebimbangan baru berhubung Covid selepas seorang wartawan yang membuat laporan ketika sesi latihan Three Lions itu diuji positif virus itu menjelang pertemuan pusingan kedua Euro 2020 menentang Jerman.

Menurut laporan media, wartawan dari Sky Sports itu diminta meninggalkan tempat itu bersama dengan jurukameranya.

Jurucakap Sky Sports berkata: "Wartawan berkenaan kini menjalani kuarantin di hotel sementara menunggu keputusan calitan terhadapnya keluar.

"Jurukamera bagaimanapun diuji negatif dan kini sedang menjalani kuarantin.

Dua pemain England sebelum ini iaitu Mason Mount dan Ben Chilwell turut menjalani kuarantin dan terlepas peluang beraksi menentang Republik Czech selepas mereka berhubung dengan pemain Scotland Billy Gilmour yang diuji positif virus itu minggu lalu.

FA Inggeris bagaimanapun memohon kebenaran daripada pihak berwajib untuk membenarkan Mount dan Chilwell menjalani latihan dengan penjarakan sosial yang dibenarkan bersama rakan pasukan sebelum turun bertemu Jerman.

Jika dua pemain Chelsea itu diuji negatif sekali lagi, FA akan membenarkan mereka untuk menjalani latihan bersama pasukan.

"Kuarantin terhadap mereka akan tamat pada tengah malam hari perlawanan.

"Apa yang tidak kami ketahui adalah berapa banyak latihan yang dapat mereka lakukan atau apa yang mereka boleh lakukan.

"Mereka boleh berlatih secara individu dan jadi kami berharap mereka mungkin boleh berlatih dari jarak yang jauh bersama pasukan tapi saya tidak pasti sama ada mereka akan dapat bersama keseluruhan pasukan.

"Jadi kenyataannya adalah sukar untuk mereka memulakan perlawanan minggu depan," kata Southgate.

Mereka diharapkan dapat diturunkan pada perlawanan itu biarpun perlu mengasingkan diri sehingga Isnin ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Jun 2021 @ 7:29 AM