MASON Mount mungkin boleh diturunkan apabila England bertemu Jerman di pusingan kedua Euro 2020, Selasa ini. FOTO AFP
MASON Mount mungkin boleh diturunkan apabila England bertemu Jerman di pusingan kedua Euro 2020, Selasa ini. FOTO AFP
Agensi

London: Dua pemain Chelsea, Mason Mount dan Ben Chilwell yang menjalani pengasingan kerana menjadi kontak rapat kepada rakan sekelab mereka yang positif Covid-19, semakin hampir menyertai skuad England semula.

pasukan.

Mount dan Chilwell berlatih di padang yang jauh dari rakan skuad England pada ketika mereka bersedia menentang Jerman di pusingan kedua Euro 2020, Selasa ini.

Mereka menjalani pengasingan selepas menjadi kontak rapat dengan pemain Scotland, Billy Gilmour.

Gilmour diuji positif Covid-19 dan dilihat berbual dengan Mount dan Chilwell ketika kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan pada 18 Jun lalu.

Tempoh kuarantin itu akan berakhir malam Isnin ini dan mereka mampu berada dalam pemilihan pemain untuk bertemu Jerman.

Pemain England sedar tugas berat menanti mereka apabila bertemu musuh ketat itu pada Selasa ini.

Harry Kane, Raheem Sterling dan rakan lain dilihat berlatih di padang utama dengan melakukan latihan angkat berat.

Anak buah Gareth Southgate dilihat memikul beg pemberat ketika mereka berlatih di St George's Park, hari ini.

Chilwell belum beraksi di Euro 2020, tetapi Southgate mungkin menurunkan Mount sekalipun terdapat gangguan dalam latihannya.

Mount berada dalam kesebelasan utama pilihan Southgate sebelum insiden wabak itu menyebabkan dia dan Chilwell dibawa balik ke kem latihan England di St George's dengan ambulans berlainan.

Mereka diarahkan berada di bilik hotel kecuali ketika menjalani latihan sendirian untuk mengekalkan kecergasan, sambil staf pasukan memantau mereka untuk mengelak jangkitan wabak itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Jun 2021 @ 9:06 PM