SZCZESNY dilihat merokok di luar hotel pasukan. FOTO Agensi
SZCZESNY dilihat merokok di luar hotel pasukan. FOTO Agensi
Agensi

Seville: Wojciech Szczesny dilihat menghisap rokok beberapa jam sebelum bertemu Sepanyol pada kempen Euro 2020.

Penjaga gol Poland itu membawa sekotak rokok di tangannya ketika meninggalkan hotel pasukan di Sopot sebelum ke stadium.

Dia mengambil sebatang rokok dan meletakkannya di bibir di depan rakan sepasukan sebelum menaiki bas.

Szczesny, 31, memakai kelengkapkan latihan pasukan kebangsaan Poland iaitu baju berwarna merah dan seluar hitam bersama kasut Nike dan topi hitam.

Bekas penjaga gol Arsenal itu dilihat merokok sekurang-kurangnya dua kali ketika bersama Gunners.

Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger pernah mengenakan denda £20,000 (RM114,000) selepas dia didapati merokok di tempat mandi bilik persalinan ketika tewas kepada Southampton pada 2015.

Dia kemudian menyertai Roma secara pinjaman dari 2015 hingga 2017 sebelum menandatangani kontrak bersama Juventus secara tetap.

Szczesny pernah mengakui kesalahannya ketika di Arsenal apabila berkata: "Dulu saya memang kerap merokok dan bos (Wenger) sudah tahu.

"Dia hanya tidak mahu mana-mana individu merokok di bilik persalinan dan saya juga tahu peraturan itu. Dia akhirnya mendenda saya."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Jun 2021 @ 7:09 AM