SZCZESNY benteng terakhir sekat serangan Argentina. FOTO Reuters
SZCZESNY benteng terakhir sekat serangan Argentina. FOTO Reuters
AFP

Doha: Ia tidak selalu seperti sekarang ini buat Wojciech Szczesny di kejohanan utama, tetapi sebahagian besar pemain Poland harus berterima kasih kepada penjaga gol mereka itu sebaik mara ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia buat kali pertama sejak 1986.

Menjelang perlawanan pembukaan Poland di Qatar, Szczesny ditanya mengenai 'nasib buruknya' sebelum ini di Piala Dunia dan tiga Kejohanan Eropah yang menyaksikan dirinya dilayang satu kad merah atas tindakan berbahaya.

"Saya rasa setiap kejohanan mempunyai sejarah tersendiri," kata Szczesny yang sudah melupakan semua kenangan buruk itu dan menjadi penjaga gol utama sejak 2002 termasuk menyelamatkan dua sepakan penalti di Piala Dunia berkenaan.

Szczesny berjaya menyelamatkan gawang gol Poland daripada dibolosi ketika pasukannya memperoleh kemenangan 2-0 ke atas Arab Saudi, Sabtu lalu.

"Ia sesuatu yang baik buat penjaga gol kerana kami tidak boleh muncul wira dengan menjaringkan gol. Sekurang-kurangnya kami boleh membantu pasukan dengan menyelamatkan gawang daripada dibolosi," kata Szczesny.

Namun, katanya, dia mahu mencari yang terbaik selepas muncul sebagai wira Poland dan mempunyai peluang itu ketika menentang Lionel Messi dan Argentina dalam perlawanan penuh mendebarkan.

Detik sukar juga dihadapinya ketika bertembung dengan Messi sebelum menyelamatkan sepakan penalti dilakukan pemenang tujuh kali Ballon d'Or itu.

Ia nyata menjadi sesuatu yang bermakna buat Poland untuk melepasi peringkat kumpulan di hadapan Mexico dengan perbezaan jaringan gol meskipun hanya meledak dua jaringan dalam tiga perlawanan kumpulan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Disember 2022 @ 12:16 PM