REKAAN terbaharu jersi United yang tidak disenangi peminat kelab itu kerana seperti tempat duduk bas. FOTO Agensi
REKAAN terbaharu jersi United yang tidak disenangi peminat kelab itu kerana seperti tempat duduk bas. FOTO Agensi
Agensi

GAMBAR rekaan jersi terbaru Manchester United bocor di media sosial dengan penyokong kurang senang melihat rekaan jersi itu yang seperti tempat duduk bas.

Ia didakwa sebagai rekaan jersi Red Devils untuk musim 2020/21 tetapi penyokong United tidak dapat menerimanya.

Kumpulan Facebook Norway, Busby Babes Norge memuat naik gambar itu dan mereka kemudian pantas berkongsi di platform lain.

Gambar itu menunjukkan jersi klasik United dengan rekaan V pada leher dan berkolar putih.

Ia dilengkapi dengan logo Adidas dan tertera nama penaja Chevrolet serta Kohler.

Namun rekaan itu tidak disenangi oleh penyokong yang menganggapnya seperti situasi yang sering dilihat di pengangkutan awam berbanding berbangga memakainya.

"Adakah matlamat utama adalah untuk menjual jersi ini? Tidakkah ia seperti tempat duduk bas?," kata seorang peminat di media sosial.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mei 2020 @ 8:26 PM