Pemain kacukan Malaysia-Belgium, Dion Cools (kanan). FOTO FAM
Pemain kacukan Malaysia-Belgium, Dion Cools (kanan). FOTO FAM
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Kalah kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) bukanlah penentu kepada nasib skuad Harimau Malaya dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Perkara itu dinyatakan pemain kacukan Malaysia-Belgium Dion Cools yang berharap semua pemain memberikan komitmen tinggi bagi mengharungi perlawanan berdepan Vietnam, dalam usaha memperoleh keputusan positif kelak.

Cools yang mengakui Vietnam memiliki barisan pemain yang hebat dengan jentera serangan cukup laju seterusnya pertahanan negara perlu bekerja keras menyekat setiap kemaraan skuad Naga Emas.

"Tentunya kekalahan 0-4 baru-baru ini adalah sesuatu yang sukar untuk diterima. Tetapi walau apa pun yang terjadi, kami menang dan tewas sebagai satu pasukan.

"Bagaimanapun, perlawanan berdepan Vietnam ini ternyata satu cabaran buat kami dan akan cuba menyajikan aksi yang terbaik.

"Saya sudah lihat beberapa kali perlawanan mereka menerusi tayangan video dan ternyata memiliki barisan pemain yang mantap dan pertahanan perlu lebih bersedia," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Jun 2021 @ 8:21 PM