PEMAIN pertahanan negara, Dion Cools (tengah) meraikan gol dijaringkannya yang juga gol kedua skuad negara ketika menang 4-1 ke atas Bangladesh. FOTO AIZUDDIN SAAD
PEMAIN pertahanan negara, Dion Cools (tengah) meraikan gol dijaringkannya yang juga gol kedua skuad negara ketika menang 4-1 ke atas Bangladesh. FOTO AIZUDDIN SAAD
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Siapa kata pemain pertahanan terutama bek tengah, tak boleh jaringkan gol.

Ini terbukti apabila tonggak pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools merembat masuk gol kedua untuk Malaysia sebelum menang 3-1 ke atas Bangladesh pada aksi Kumpulan E Kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Cools membuat rembatan dari luar kotak penalti yang menumpas penjaga gol lawan untuk kedudukan 2-1 pada minit 38.

Mengikut rekod, pada perlawanan pertama skuad Harimau Malaya menentang Turkemenistan yang berakhir 3-1 turut menyaksikan bek kiri, Corbin Ong sebagai benteng terakhir negara mencetak nama sebagai penjaring gol.

Ini menyaksikan taktikal dan latihan diterapkan pengendali Harimau Malaya Kim Pangon menyaksikan semua pemain mampu menghasilkan gol untuk pasukan.

Perlawanan terakhir Kumpulan E menyaksikan Malaysia berjaya melangkah ke Piala Asia 2023 selepas membenam Bangladesh 4-1.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Jun 2022 @ 11:13 PM