RONALDO gagal menemui sentuhan gol pada aksi perlawanan persahabatan menentang Sepanyol. FOTO EPA
RONALDO gagal menemui sentuhan gol pada aksi perlawanan persahabatan menentang Sepanyol. FOTO EPA
AFP

Madrid: Sepanyol dan Portugal, kedua-duanya kurang menyerlah menyaksikan mereka terikat dengan keputusan seri 0-0 dalam aksi persahabatan menjelang Kejuaraan Eropah di Metropolitano dekat Madrid pagi tadi.

Perlawanan berkenaan menandakan kedua-dua negara melancarkan usaha membida Piala Dunia 2030 dan buat tuan rumah mencuba pertahanan baru mereka.

Cristiano Ronaldo berdepan malam yang mengecewakan pada aksi pertama di Madrid sejak meninggalkan Real pada 2018. Dia mempunyai dua berpeluang menjaringkan gol namun gagal menyempurnakan dan turut membantu membuka ruang buat Diogo Jota.

Dibantu Joao Felix, Ronaldo dikawal ketat Sergio Busquets dan Thiago Alcantara di bahagian tengah.

"Ia satu ujian yang baik untuk kami dan saya rasa kami sudah bersedia untuk Kejuaraan Eropah," kata jurulatih Sepanyol Luis Enrique.

"Pada 60 minit pertama kami berjaya mengekang juara Eropah menguasai perlawanan, mereka hampir tidak boleh membuat tiga hantaran berturut-turut."

Alvaro Morata hampir menjaringkan gol buat Sepanyol namun terlepas dua peluang selain cubaan terkena palang pada penamat saingan.

"Saya rasa kami ada peluang yang cukup untuk menjaringkan gol," kata Enrique.

"Saya tidak marah apabila pemain saya terlepas peluang, saya tidak akan berdepan pemain saya kerana gagal mengambil peluang."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Jun 2021 @ 8:20 AM