Penyerang Manchester City, Sergio Aguero. FOTO AFP
Penyerang Manchester City, Sergio Aguero. FOTO AFP
Agensi

London: Penyerang Manchester City, Sergio Aguero dilaporkan bersetuju menyertai Barcelona dengan perjanjian selama dua tahun pada musim panas ini.

Detik pemain Argentina yang beraksi selama 10 tahun di Stadium Etihad kini berada di penghujung dan apabila perjanjiannya tamat pada hujung musim ini dan selepas dia begitu kuat dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Catalan sejak sekian lama.

Beberapa kelab Liga Perdana Inggeris turut dikaitkan dengan situasi dialami Aguero, tapi penyerang berkenaan mungkin mahukan cabaran baru daripada liga Inggeris.

Beberapa laporan media memaklumkan Aguero sudah bersedia dengan perpindahan ke kelab Catal dan dijadual mengikat kontrak dua tahun bersama kelab itu hingga musim panas 2023.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Mei 2021 @ 11:12 PM