PENYERANG utama Borussia Dortmund, Erling Braut Haaland dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City. FOTO REUTERS
PENYERANG utama Borussia Dortmund, Erling Braut Haaland dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City. FOTO REUTERS
Reuters

Berlin: Penyerang utama Borussia Dortmund, Erling Haaland semakn hampir melengkapkan perpindahan ke Manchester City dan perpindahan yang akan menggemparkan Liga Perdana Inggeris, lapor beberapa media Jerman, hari ini.

Haaland adalah antara prospek perpindahan paling hangat pada musim panas ini apabila penyerang Norway berusia 21 tahun itu menjaringkan 61 gol daripada 66 perlawanan liga selepas menyertai kelab itu pada awal 2020.

Beberapa kelab ternama seperti Real Madrid, Paris St Germain dan City antara yang beberapa kali dikaitkan dengan penyerang berkenaan.

Sky Germany yang memiliki hak ke atas Bundesliga, melaporkan hari ini, pemain itu menyatakan kepada kelab mengenai hasratnya untuk berpindah dan Manchester City menghubungi kelab itu berhubung klausa perpindahannya.

Beberapa media lain termasuk akhbar Bild dan majalah Kicker melaporkan sumber yang tidak didedahkan turut menyatakan perjanjian itu akan dimuktamadkan dalam masa beberapa hari lagi.

Bagaimanapun, kelab berkenaan tidak mengulas setakat hari ini.

Dortmund dikatakan berminat mendapatkan penyerang Salzburg, Karim Adeyemi sebagai pengganti Haaland.

Semalam, Pengarah Sukan Dortmund, Sebastian Kehl bekrata, kelab itu mahu menjelaskan isu berkaitan Haaland pada minggu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mei 2022 @ 8:13 PM