AGUERO (kiri) dan Dembele dikatakan kembali menyambung latihan bersama Barca selepas kedua-duanya bergelut dengan kecederaan. FOTO Agensi
AGUERO (kiri) dan Dembele dikatakan kembali menyambung latihan bersama Barca selepas kedua-duanya bergelut dengan kecederaan. FOTO Agensi
AFP

Barcelona: Sergio Aguero dan Ousmane Dembele kedua-duanya sudah kembali menjalani latihan bersama Barcelona selepas kedua-duanya masih belum beraksi musim ini, jelas gergasi Catalan itu.

Penyerang Argentina, Aguero, yang menyertai dari Manchester City sebaik musim lalu berakhir, masih lagi menunggu untuk membuat penampilan pertama bersama Barca selepas mengalami kecederaan betis kanan.

"Muka baru (yang kembali berlatih) adalah Ousmane Dembele dan Sergio Aguero, kedua-duanya baru sembuh dari kecederaan," jelas Barcelona dalam satu kenyataan pendek, meskipun mereka menambahkan bahawa pasangan itu hanya berlatih untuk sebahagian daripada sesi pemulihan.

Penyerang Perancis, Dembele kembali selepas menjalani pembedahan lutut yang dialami Jun lalu.

Berita itu sudah pasti menjadi pembakar semangat buat jurulatih Barca, Ronald Koeman, yang memulakan kempen agak hambar, selepas tumpas dua kali tanpa meledak sebarang jaringan di saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Menurut laporan media Sepanyol, Aguero dan Dembele mungkin akan disenaraikan dalam aksi menentang Valencia Isnin depan.

Aguero yang berusia 33 tahun meninggalkan Man City selepas sedekad bersama kelab yang menjadikannya sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman dengan 260 gol.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Oktober 2021 @ 10:47 AM