Stuart Dallas (dua kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan Leeds ketika menewaskan Man City dalam aksi Liga Perdana. FOTO Agensi
Stuart Dallas (dua kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan Leeds ketika menewaskan Man City dalam aksi Liga Perdana. FOTO Agensi
AFP

Manchester, United Kingdom: Manchester City mengalami kekalahan keempat dalam Liga Perdana musim ini ketika Leeds United yang beraksi 10 pemain mengejutkan pendahulu liga menerusi dua gol, Stuart Dallas dalam kemenangan 2-1 di Etihad, sebentar tadi.

Dallas meledak gol kemenangan pada minit kecederaan sekalipun skuad kendalian Marcelo Bielsa beraksi hampir sepenuh masa dalam babak kedua tanpa seorang pemain selepas kapten pasukan itu, Liam Cooper dilayangkan kad merah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 April 2021 @ 9:59 PM