Sovre mendapatkan tandatangan Haaland di terowong menuju bilik persalinan. FOTO Agensi
Sovre mendapatkan tandatangan Haaland di terowong menuju bilik persalinan. FOTO Agensi
Agensi

London: Penjaga garisan dari Romania, Octavian Sovre meminta tandatangan Erling Braut Haaland semalam untuk tujuan melelongnya bagi program kebajikan membabitkan golongan autisme.

Beberapa pihak mengkritik tindakan tidak profesional pengadil itu selepas mendekati bintang Borussia Dortmund di terowong menuju ke bilik persalinan selepas aksi pertama saingan suku akhir Liga Juara-Juara membabitkan kelab dari Jerman itu menentang Manchester City, semalam.

Tapi, seperti dilaporkan akhbar Romania, Gazeta Sporturilor, Sovre mengumpul tandatangan daripada beberapa pemain bola sepak terkenal sejak lima tahun lalu untuk membantu menampung kewangan pertubuhan autisme di negaranya.

Sovre kelihatan meluru ke arah penyerang Norway itu sambil meminta tandatangan - ia semestinya melanggar peraturan yang ditetapkan bagi pengadil berkecuali itu - sebelum pemain berusia 20 tahun itu menurunkan tandatangan di kad kuning dan merah pengadil itu.

Haaland kelihatan tidak menghadapi masalah dengan permintaan berkenaan dan membalas dengan senyuman kepada pembantu pengadil itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 April 2021 @ 7:42 PM