Penyerang Dortmund, Erling Braut Haaland. FOTO AFP
Penyerang Dortmund, Erling Braut Haaland. FOTO AFP
Agensi

Madrid: Presiden Barcelona, Joan Laporta mendedahkan dia akan cuba menandatangani bintang penyerang Borussia Dortmund, Erling Braut Haaland pada musim panas akan datang.

Pemain berusia 21 tahun itu menjadi salah seorang penyerang yang diburu kelab itu apabila klausa pelepasan £64 juta (RM363.4 juta) aktif pada Jun depan.

Barcelona dipercayai salah satu daripada kelab elit Eropah yang mahu mendapatkan Haaland dan Laporta yakin dia mampu mengatasi saingan untuk menandatangani pemain kebangsaan Norway itu.

"Saya akan menandatangani Haaland musim panas akan datang," kata Laporta menurut laporan Marca.

Selepas berjaya menandatangani Ferran Torres dari Manchester City, Barca kini dalam proses mengumpul dana secukupnya seterusnya melengkapkan beberapa perpindahan dengan gergasi Catalan itu berharap dapat menjual bintang pasukan utama mereka Philippe Coutinho dan Samuel Umtiti.

Haaland yang turut dikaitkan dengan minat oleh Man City, Manchester United, Bayern Munich, Real Madrid dan Paris Saint-Germain, meledak 76 gol dalam 75 penampilan buat Dortmund dalam semua pertandingan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 January 2022 @ 10:54 PM