PAUL Dummett (kanan) cuba menghalang pemain Aston Villa, Trezeguet. FOTO EPA
PAUL Dummett (kanan) cuba menghalang pemain Aston Villa, Trezeguet. FOTO EPA
AFP

Newcastle: Jamaal Lascelles menyelamatkan Newcastle hasil gol penyamaan pada lewat perlawanan bagi membolehkan pasukan yang sedang bergelut di Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mencatat keputusan seri 1-1 berdepan Aston Villa.

Pasukan bimbingan Steve Bruce ketinggalan ketika aksi berbaki empat minit di St James Park apabila pertahanan Newcastle, Ciaran Clark tertampan masuk tandukan Ollie Watkins ke dalam gawangnya sendiri.

Bagaimanapun, ketua pasukan Newcastel, Lascelles menyelamatkan pasukannya yang bermasalah hanya beberapa saat sebelum wisel penamat dibunyikan.

"Gol yang mereka jaringkan adalah sangat bernasib baik. Selepas itu anda harus menunjukkan keinginan untuk kembali dan itulah kami lakukan. Kami sekurang-kurangnya berhak meraihnya," kata Bruce.

Walaupun berjaya mengelak daripada dikalahkan, Newcastle sebenarnya sudah lama tidak mencatat kemenangan dalam aksi lima terakhir mereka dan ancaman untuk tersingkir ke Liga Kejuaraan menjadi semakin serius.

Mereka hanya dua mata berada di atas zon penyingkiran dan pasukan kedua serta ketiga terbawah, Fulham dan keempat terbawah, Brighton akan memintas mereka jika berjaya mencatat kemenangan hujung minggu ini.

"Masih berbaki 10 perlawanan lagi. Kami harus menunjukkan semangat yang sama. Saya masih boleh memberi keyakinan kami akan okay," kata Bruce.

The Magpies 10 mata meninggalkan Fulham bulan lalu namun sekarang Bruce berusaha keras untuk tidak dipecat.

Bekas pertahanan Manchester United itu terbabit dalam pertelingkahan dengan pemain sayap Newcastle, Matt Ritchie di bilik persalinan, bertengkar dengan media dan mendapat kritikan daripada penyokonng yang kecewa.

Minggu depan mereka akan berdepan Brighton di mana ia adalah aksi sangat penting buat Newcastle.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Mac 2021 @ 10:48 AM