WILSON (kiri) meledak dua gol untuk membantu Newcastle mengalahkan Everton. FOTO EPA
WILSON (kiri) meledak dua gol untuk membantu Newcastle mengalahkan Everton. FOTO EPA
AFP

Liverpool: Callum Wilson mengurangkan tekanan yang dihadapi pengurus Newcastle, Steve Bruce selepas dua gol di lewat permainan membolehkan pasukan berkenaan mengalahkan Everton 2-0 sebentar tadi.

Bruce mendapat tekanan daripada penyokong Newcastle selepas aksi buruk dipamerkan pasukan berkenaan di Liga Perdana Inggeris (EPL)

Bagaimanapun, Wilson menjaringkan dua gol pada 17 minit terakhir di Goodison Park untuk memberikan Newcastle kemenangan pertama selepas 12 perlawanan dalam semua kejohanan.

Selepas menamatkan kekalahan liga lima kali berturut-turut, Newcastle sekarang ini melonjak sembilan mata dari zon penyingkiran.

Kemenangan pertama mereka selepas 10 perlawanan liga memberikan sedikit kelegaan buat Bruce.

Everton kekal di tangga ketujuh selepas kalah buat kali pertama dalam tiga perlawanan EPL.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 January 2021 @ 11:59 PM