TROSSARD meraikan kejayaan meledakkan gol pertama Brighton. FOTO AFP
TROSSARD meraikan kejayaan meledakkan gol pertama Brighton. FOTO AFP
AFP

Brighton, United Kingdom: Brighton melonjak enam mata dari zon penyingkiran selepas melakar kemenangan 3-0 ke atas Newcastle untuk meletakkan tekanan kepada bos Magpies, Steve Bruce.

Leandro Trossard, Danny Welbeck dan Neal Maupay berjaya menemui sasaran buat Seagulls dan ia adalah kali pertama skuad Graham Potter menukar dominasi mereka kepada gol.

"Aksi kami dalam kotak penalti sangat bagus, sebelum ini ada selalu tidak menjadi. Permainan menjadi lebih mudah apabila anda menjaringkan gol," katanya.

Brighton hanya menang sekali di laman sendiri dalam Liga Perdana sejak Jun, namun mereka menambah kebimbangan buat Newcastle.

Skuad kendalian Bruce hanya dua mata di depan pasukan tiga terbawah Fulham, walaupun masih memiliki satu perlawanan dalam tangan.

Bagaimanapun kemenangan ke atas Newcastle itu adalah yang kedua dari 19 perlawanan terakhir mereka.

"Ia sukar untuk dicernakan buat masa ini. Kami hampir tidak menjadi malam ini," kata Bruce.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Mac 2021 @ 9:33 AM