TANDUKAN Ronaldo bantu Juventus tewaskan Crotone. FOTO EPA
TANDUKAN Ronaldo bantu Juventus tewaskan Crotone. FOTO EPA
AFP

Turin, Itali: Cristiano Ronaldo membawa Juventus semakin menghampiri kedudukan persada Serie A apabila tandukannya membantu juara bertahan itu menang 3-0 ke atas pasukan tercorot liga Crotone.

Penyerang Portugal itu meledakkan dua kali pada lewat perlawanan babak pertama untuk mengatasi lawan dengan selesa seterusnya mengekalkan lapan mata di belakang pendahulu liga, Inter Milan.

Weston McKennie mengesahkan tiga mata pada pertengahan babak kedua apabila berjaya menerjah ke gawang lawan hasil hantaran lintang.

Skuad bimbingan Andear Pirlo kini melonjak kedudukan ketiga manakala Roma satu mata di belakang, seri tanpa jaringan ketika menentang Benevento semalam.

Mereka juga empat mata di belakang pasukan tangga kedua, AC Milan yang tewas tiga daripada lima perlawanan liga termasuk kekalahan 3-0 di tangan Inter semalam.

Juve, yang mengejar gelaran liga ke-10 berturut-turut masih memiliki satu perlawanan dalam tangan berbanding kelab dari Milan itu dan akan menentang Inter di Turin.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Februari 2021 @ 9:32 AM