Pemain Wolves, Adama Traore (tiga kiri) meraikan gol bersama rakan sepasukan pada aksi Liga Perdana berdepan Leeds. FOTO AFP
Pemain Wolves, Adama Traore (tiga kiri) meraikan gol bersama rakan sepasukan pada aksi Liga Perdana berdepan Leeds. FOTO AFP
AFP

London: Wolves melakar kemenangan ketiga dalam empat perlawanan Liga Perdana ketika jaringan sendiri penjaga gol Leeds, Illan Meslier memberikan tuan rumah kemenangan 1-0, pagi ini.

Skuad kendalian Nuno Espirito Santo memperoleh mata penuh pada babak kedua di Molineux apabila rembatan Adama Traore terkena palang dan melantun kepada Meslier sebelum menerjah gawang.

Leeds berusaha keras untuk menyamakan kedudukan namun percubaan Mateusz Klich terkena palang dan gol Patrick Bamford dibatalkan kerana ofsaid.

Wolves melonjak di atas Leeds ke kedudukan 11 selepas meneruskan aksi baik sementara Leeds tewas dalam tiga daripada empat perlawanan terakhir liga.

"Pemain seperti Adama, apabila mereka mendapat bola dan mula berlari, memang sangat bahaya. Ia percubaan yang cantik," kata Nuno.

"Ia saat sukar buat penjaga gol mereka.

"Kami masih ada masalah perlu diselesaikan tetapi pendekatan kami dalam tempoh sukar ini adalah sentiasa percaya, sentiasa komited.

"Anda boleh katakan apa sahaja mengenai watak pemain. Kami memburu tahap tinggi yang ada dan biarkan ia terus berlaku."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Februari 2021 @ 7:35 AM