AYLING meraikan kejayaannya menjaringkan gol kemenangan Leeds. -FOTO Reuters
AYLING meraikan kejayaannya menjaringkan gol kemenangan Leeds. -FOTO Reuters
AFP

Wolverhampton, United Kingdom: Leeds mempamerkan kebangkitan dramatik daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Wolves yang beraksi dengan 10 pemain 3-2 yang menyaksikan Luke Ayling berjaya membawa pasukan itu mengelak dari zon penyingkiran Liga Perdana.

Skuad kendalian Jesse Marsch berdepan masalah apabila Jonny dan Francisco Trincao menjaringkan gol untuk meletakkan Wolves di hadapan pada separuh masa pertama di Molineux.

Namun penyerang Wolves, Raul Jimenez dilayangkan kad merah kerana melanggar penjaga gol Leeds, Illan Meslier di awal babak kedua.

Leeds memanfaatkan peluang terhidang itu sebaik mungkin apabila Jack Harrison dan Rodrigo menjaringkan gol penyamaan sebelum Ayling menyempurnakan gol kemenangan pada waktu kecederaan.

Ia adalah kemenangan lewat perlawanan buat Leeds yang sebelum ini menumpaskan lawan di zon penyingkiran pada minit terakhir minggu lalu.

Leeds kini tujuh mata daripada zon penyingkiran dengan Watford berada di tiga tercorot namun berbaki satu perlawanan dalam tangan.

Mereka bukan saja menunjukkan semangat juang dalam kebangkitan itu tetapi juga selepas kehilangan empat pemain utama kerana kecederaan.

"Ia pasukan yang mempunyai hati yang besar, kualiti pemain muda dan saya sangat bersyukur berada di sini bersama mereka dan berjuang dengan mereka," kata Marsch.

"Biarpun saya baru berada di sini, saya percaya kepada mereka. Kami masih mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Mac 2022 @ 9:30 AM