MAURICIO Pochettino. FOTO AFP
MAURICIO Pochettino. FOTO AFP
AFP

Paris: Neymar sekali lagi terlepas peluang beraksi apabila Paris Saint Germain turun berdepan Brest dalam aksi Ligue 1, kata pengurus pasukan Mauricio Pochettino.

Pemain itu tidak diturunkan sejak tewas kepada Lyon Disember lalu dengan Neymar masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan pergelangan kakinya.

"Dia akan dinilai hari ini dan kami akan menyusun strategi dari sana," kata Pochettino, yang mengambil alih tugas pada 2 Januari dan belum dapat menurunkan pasukan terbaik termasuk pemain bintang kelab itu.

Perlawanan hari ini adalah yang pertama buat Pochettino di tempat sendiri sejak mengambil alih tugas itu.

"Kami mempunyai idea yang lebih baik jika dia dapat diturunkan bersama pasukan dan kami menantikan keputusan itu.

Ketiadaan Neymar itu turut menimbulkan persoalan sama ada dia dapat beraksi dalam saingan Trofi Juara-Juara Perancis menentang seteru utama Marseille pada Rabu ini.

Aksi Ligue 1 semakin menuju ke penghujung yang mana aksi Sabtu ini mampu menjadi penentu juara liga.

Paris boleh merangkul gelaran juara liga jika mereka menewaskan Brest dan Lyon tewas di Rennes.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 January 2021 @ 9:01 AM