POCHETTINO (kiri) meraikan kejayaan bersama Moise Kean. FOTO AFP
POCHETTINO (kiri) meraikan kejayaan bersama Moise Kean. FOTO AFP
AFP

Paris: Mauricio Pochettino meraikan kemenangan pertamanya sebagai jurulatih Paris Saint-Germain pada penampilan sulungnya di tempat sendiri yang menyaksikan Moise Kean membantu juara bertahan melakarkan kemenangan 3-0 ke atas Brest namun Lyon kekal sebagai pendahulu La Liga selepas seri di Rennes.

Mauro Icardi yang dimasukkan sebagai pemain gantian dan gol Pablo Sarabia pada lewat perlawanan untuk PSG mampu untuk membawa pasukan itu ke persada liga menerusi perbezaan gol sekiranya Lyon tidak mampu bangkit daripada ketinggalan 0-2 di Rennes sebelum menyamakan kedudukan untuk meraih satu mata di Rennes dan meneruskan rekod tanpa kalah kepada 16 perlawanan.

PSG di tempat kedua pada pertengahan musim liga, satu mata di belakang dan di depan Lille yang menang 1-0 di Nimes.

Ketika Neymar masih tidak dapat diturunkan, ia bukanlah persembahan terbaik PSG di Paris yang beraksi dengan stadium yang kosong yang mana penyokong masih tidak dibenarkan untuk masuk di Perancis dalam usaha mengekang Covid-19.

Pengendali dari Argentina itu pastinya lega mencipta kemenangan sulung berikutan perlawanan pertamanya berkesudahan seri 1-1 di Saint-Etienne pada pertengahan minggu.

"Kami hanya sempat berlatih bersama beberapa hari dan melalui dua perlawanan yang sangat sukar, sangat kompetitif."

"Saya sangat berpuas hati dengan usaha ditunjukkan pemain. Ia persembahan yang meningkat dan kemenangan penting," kata Pochettino.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 January 2021 @ 8:56 AM