KURZAWA (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
KURZAWA (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
AFP

Paris: Gol tunggal Layvin Kurzawa sudah cukup untuk Paris Saint-Germain (PSG) menewaskan Angers 1-0 sekali gus naik di tangga terata Ligue 1 di sebalik jurulatih, Mauricio Pochettino didapati positif Covid-19 sebelum sepak mula.

Kurzawa menjaringkan gol ketika permainan berbaki 20 minit di Stade Raymond Kopa untuk PSG lebih dua mata berbanding Lyon yang berpeluang merampas semula kedudukan teratas jika dapat menewaskan Metz pada perlawanan hari ini.

Penolong jurulatih, Jesus Perez dan Miguel D'Agostino mengambil alih tugas dengan Pochettino menjalani proses pengasingan diri.

"Ia adalah perlawanan yang sukar. Angers sebuah pasukan yang tersusun," kata Perez yang bekerja bersama Pochettino di Espanyol, Southampton dan Tottenham Hotspur.

"Kami berhubung bersama Mauricio. Dia bercakap bersama pemain menerusi panggilan video di hotel.

"Kami bercakap sebelum perlawanan, separuh masa pertama dan selepas perlawanan. Kami akan sentiasa berhubung antara satu sama lain.

"Secara asasnya kami tahu apa yang perlu dilakukan ketika sesi latihan. Sudah pasti situasi tidak sama tanpanya tetapi kami sudah bekerjasama selama lapa tahun, jadi kami tahu apa yang perlu dilakukan."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 January 2021 @ 2:38 PM