NAVAS (kanan) dijangka akan diturunkan dalam pertemuan dengan Barcelona minggu depan. FOTO AFP
NAVAS (kanan) dijangka akan diturunkan dalam pertemuan dengan Barcelona minggu depan. FOTO AFP
AFP

Paris: Penjaga gol Paris Saint Germain (PSG), Keylor Navas dijangka cergas untuk aksi Liga Juara-Juara menentang Barcelona Rabu depan.

Pemain antarabangsa Costa Rica itu akan menambahkan lagi sengat skuad bimbingan Mauricio Pochettino yang sudah kehilangan Neymar dan Angel di Maria bagi saingan 16 akhir.

Navas tidak beraksi sejak pasukannya mencatat kemenangan 4-0 ketika berdepan Montpellier 22 Januari lalu akibat kecederaan di bahagian dada.

Kehadiran Navas sangat diharapkan apabila PSG melepaskan 11 gol dalam tiga kunjungan terakhir di Catalonia.

Sebelum saingan Liga Juara-Juara, kelab Paris itu perlu berdepan Nice di Parc des Princes dalam aksi Ligue 1 awal pagi esok.

Navas sedia untuk diturunkan, begitu juga dengan pemain lain seperti Ander Herrera dan Layvin Kurzawa.

Antara anak buah Pochettino yang berada dalam senarai kecederaan ialah pemain tengah, Marco Verratti selepas mengalami kesakitan pinggul ketika bertemu Marseille Isnin lalu.

"Dia tidak dapat beraksi esok kerana masih lagi berasa kurang selesa. Kita akan tengok keadaannya dalam beberapa hari lagi," kata Pochettino

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Februari 2021 @ 9:00 AM