NEYMAR (tengah) Lionel Messi (kiri) cuba melepasi kawalan pertahanan Brest,  Jean-Kevin Duverne (kiri). -FOTO AFP
NEYMAR (tengah) Lionel Messi (kiri) cuba melepasi kawalan pertahanan Brest, Jean-Kevin Duverne (kiri). -FOTO AFP
AFP

Paris: Neymar meledak gol ke-10 musim ini namun aksi lesu Paris Saint-Germain memerlukan Gianluigi Donnarumma menyelamatkan penalti bagi memastikan kemenangan 1-0 ke atas Brest dalam aksi Ligue 1 awal pagi tadi.

Keputusan itu membawa PSG kembali ke puncak carta dan mengekalkan permulaan tanpa kalah dalam kempen di bawah jurulatih baharu, Christophe Galtier.

PSG berada di persada liga dengan kelebihan jaringan mengatasi Marseille yang turut kekal dengan rekod tanpa kalah dalam liga selepas menumpaskan Lille 2-1 dalam satu lagi perlawanan yang berlangsung.

Lens yang merampas kedudukan pendahulu selepas menewaskan Troyes 1-0 Jumaat lalu tetapi ketinggalan dua mata di belakang pendahulu dan kini berada di kedudukan ketiga.

Walaupun menang, PSG menampilkan persembahan kurang memberangsangkan setakat ini berdepan Brest yang dua minggu lalu kalah 7-0 di laman sendiri kepada Montpellier.

Galtier mungkin sedar dia perlu membuat lebih perubahan dalam kesebelasan utama kerana aksi minggu ini berlangsung antara kemenangan 2-1 mereka dalam Liga Juara-Juara mengatasi Juventus dan akan ke Israel bagi menentang Maccabi Haifa awal pagi Khamis ini waktu Malaysia.

"Ia sentiasa sukar untuk bermain selepas aksi Liga Juara-Juara. Terlalu banyak tenaga digunakan dalam perlawanan seperti ini, secara mental dan fizikal," kata Galtier.

"Saya tidak katakan saya cuba membuat perubahan tetapi ia mungkin tiada keinginan yang sama seperti yang kita lihat musim ini."

Nuno Mendes dan kapten Marquinhos adalah satu-satunya pemain PSG yang diturunkan ketika bertemu Juventus akan direhatkan dan Juan Bernat dan Danilo Pereira akan di bawa masuk.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 September 2022 @ 9:48 AM