Scott Carson seorang lagi pemain City yang diuji positif Covid. FOTO Agensi
Scott Carson seorang lagi pemain City yang diuji positif Covid. FOTO Agensi
AFP

London: Manchester City mengesahkan tiga lagi kes Covid-19 hari ini dengan penjaga gol mereka Scott Carson, pemain tengah remaja, Cole Palmer dan seorang kakitangan diuji positif.

City tanpa enam pemain lain bagi kejayaan Liga Perdana di Chelsea pada Ahad lalu susulan ujian positif.

"Manchester City FC mengesahkan bahawa Scott Carson, Cole Palmer dan seorang kakitangan diuji positif Covid-19." menurut kenyataan kelab itu.

"Mereka kini menjalani tempoh pengasingan diri mengikut protokol kuarantin yang ditetapkan oleh Liga Perdana dan kerajaan United Kingdom."

Dengan penjaga gol utama, Ederson salah seorang daripada mereka yang menjalani kuarantin, ujian positif Carson membuatkan City tidak banyak pilihan bagi aksi separuh akhir Piala Liga menentang Manchester United pagi nanti.

Zack Steffen di jangka beraksi sekali lagi selepas tampil dalam perlawanan di Chelsea.

Ferran Torres, Tommy Doyle dan Eric Garcia antara pemain yang menjalani pengasingan ketika Kyle Walker dan Gabriel Jesus yang diuji positif pada sambutan Krismas, sudah melengkapkan tempoh kuarantin mereka.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 January 2021 @ 11:05 PM