Pemain Arsenal, Nicolas Pepe (kiri) menerima kad merah daripada pengadil pada aksi berdepan Leeds. FOTO Agensi
Pemain Arsenal, Nicolas Pepe (kiri) menerima kad merah daripada pengadil pada aksi berdepan Leeds. FOTO Agensi
AFP

Leeds, United Kingdom: Mikel Arteta menyifatkan Nicolas Pepe tidak sepatutnya terbabit dalam kesalahan disiplin selepas Arsenal terpaksa seri 0-0 berdepan Leeds, pagi ini.

Percubaan Rodrigo, Patrick Bamford dan Raphinha terkena palang gol buat skuad kendalian Marcelo Bielsa selepas Pepe dilayangkan kad merah enam minit ketika babak kedua permainan berlangsung kerana menghantukkan kepala pada Ezgjan Alioski.

Pemain Ivory Coast itu tidak menunjukkan perwatakan yang diharapkan sejak perpindahan £72 juta dari Lille 15 bulan lalu dan Arteta meragui dengan tindakannya itu selepas disenaraikan dalam kesebelasan utama buat kali kedua pada saingan Liga Perdana musim ini.

"Ia sukar diterima," kata Arteta apabila ditanya apa yang dikatakan kepada pemain sayap itu selepas perlawanan.

"Apabila Pepe menghampakan pasukan ini, saya sangat gembira dengan personaliti pasukan, bagaimana kami bergelut bersama-sama dan percaya dengan apa yang harus kami lakukan."

Mengutip satu mata meninggalkan kedua-dua pasukan di kedudukan pertengahan liga ketika Arsenal ke-11 sementara Leeds dua mata di belakang pada tangga ke-14.

Pierre-Emerick Aubameyang beraksi dalam kesebelasan utama di bawah kendalian Arteta, tetapi kapten skuad Gunners itu bergelut mencari rentak menghasilkan jaringan selain menerusi penalti sejak hari pembukaan musim bermula.

"Memandangkan bagaimana awal kami kehilangan Pepe kerana diperintah keluar padang, kami harus menghadapinya," tambah Arteta.

"Saya tidak gemar keputusan seri tetapi mengambil kira beberapa perkara, ia tetap adalah mata."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 November 2020 @ 8:28 AM