PERTAHANAN Macedonia Utara, Ezgjan Alioski ketika beraksi di Euro 2020. FOTO AFP
PERTAHANAN Macedonia Utara, Ezgjan Alioski ketika beraksi di Euro 2020. FOTO AFP
Agensi

Amsterdam: Bintang Leeds, Ezgjan Alioski pernah hidup dalam kemiskinan sebelum mengorak langkah selaku pemain bola sepak profesional dan mampu menguasai enam bahasa.

Dia menjaringkan gol pertama di kejohanan utama pertamanya ketika Macedonia Utara tewas 1-2 kepada Ukraine pada saingan Euro 2020.

Kariernya bermula seawal usia 11 tahun apabila menyertai akademi Switzerland, Young Boys pada 2003 dan selepas melakukan 57 penampilan serta menjaringkan empat gol, dia ditunjuk jalan keluar.

"Saya dikatakan belum cukup bagus untuk menjadi pemain bola sepak profesional selepas mengabiskan masa 10 tahun di akademi itu," katanya.

Namun dia mendapat peluang beraksi bersama kelab divisyen dua Switzerland tetapi berdepan masalah kemiskinan.

"Saya berlatih bersama ayah. Mujur dapat tawaran FC Schaffhausen yang ketika itu beraksi di divisyen ketiga dan memberi peluang kepada saya.

"Ibu bapa saya membayar sewa rumah flat di Schaffhausen dan meminjamkan sebuah kereta biasa untuk membolehkan saya ke tempat latihan," katanya yang kemudian mendapat tawaran beraksi bersama Leeds.

Sepanjang melalui kesusahan itu, Alioski berkata dia dapat mempelajari enam bahasa iaitu Jerman, Itali, Inggeris, Albania, Macedonia, Perancis dan Sepanyol.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Jun 2021 @ 12:35 PM