Pemain Arsenal, Nicolas Pepe (kiri) dilayangkan kad merah pada aksi berdepan Leeds semalam. FOTO AFP
Pemain Arsenal, Nicolas Pepe (kiri) dilayangkan kad merah pada aksi berdepan Leeds semalam. FOTO AFP
Agensi

London: Pemain sayap Arsenal, Nicolas Pepe, 25, mengakui kesal dan memohon maaf kerana bertindak menghantuk kepala pada pemain Leeds United, Ezgjan Alioski.

Tindakan Pepe yang juga pemain kebangsaan Ivory Coast itu menyebabkan dia dilayangkan kad merah ketika Arsenal terikat 0-0 berdepan Leeds dalam perlawanan Liga Perdana semalam.

"Saya telah menyusahkan pasukan pada waktu yang genting dalam perlawanan dan saya tiada alasan terhadap kelakuan saya itu," catat Pepe dalam Instagram.

"Saya benar-benar memohon maaf kepada semua penyokong, rakan sepasukan, jurulatih dan semua di kelab ini."

Pengurus The Gunners, Mikel Arteta, menyifatkan apa yang dilakukan oleh pemain itu sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 November 2020 @ 10:29 AM