Pemain Belgium, Youri Tielemans (dua kanan) meraikan kejayaan meledak gol pembukaan buat pasukannya dalam saingan Liga Negara-Negara. FOTO AFP
Pemain Belgium, Youri Tielemans (dua kanan) meraikan kejayaan meledak gol pembukaan buat pasukannya dalam saingan Liga Negara-Negara. FOTO AFP
AFP

Paris: Belgium menutup harapan England untuk mara ke pusingan final Liga Negara-Negara dengan kemenangan 2-0 pagi ini.

Belgium hanya lima minit untuk menyertai juara dunia Perancis di pusingan final Oktober depan apabila Iceland seri 1-1 berdepan pencabar kumpulan itu Denmark di Copenhagen.

Bagaimanapun, penalti pada minit akhir perlawanan oleh Christian Eriksen membolehkan skuad Denmark mencatat kemenangan 2-1 dan menghidupkan peluang memberi saingan kepada Belgium di puncak kedudukan Kumpulan A2.

Youri Tielemans dan Dries Mertens menjaringkan gol yang memberikan Belgium pasukan yang berada pada kedudukan nombor satu ranking dunia kemenangan ke atas skuad England kendalian Gareth Southgate.

"Kami sentiasa mengawal permainan ketika 2-0, kadang kala ia menjadi bahaya, anda rasa selesa tetapi kami mempertahan gawang Thibaut Courtois dengan baik," kata jurulatih Belgium, Roberto Martinez.

Kekalahan kedua berturut-turut meletakkan England di tempat ketiga, lima mata ketinggalan dari Belgium, dengan berbaki satu perlawanan.

"Kami tidak suka tewas, tetapi pujian diberikan kepada pasukan, sepanjang masa mereka memberi masalah dan bertahan dengan baik," kata Southgate.

Kemenangan lewat Denmark ke atas Iceland bermakna Belgium masih memerlukan mata apabila mereka melayan kunjungan Denmark pada awal pagi Khamis ini untuk mengesahkan tempat dalam kelompok empat terakhir.

Keputusan Liga Negara-Negara UEFA :

Liga A

Kumpulan 1

Belanda 3 (Wijnaldum 6, 14, Depay 55) Bosnia Herzegovina 1 (Prevljak 63)

Itali 2 (Jorginho 27-pen, Berardi 84) Poland 0

Kumpulan 2

Denmark 2 (Eriksen 12-pen, 90+2-pen) Iceland 1 (Kjartansson 85)

Belgium 2 (Tielemans 10, Mertens 24) England 0

Liga B

Kumpulan 1

Austria 2 (Schaub 81, Grbic 87) Ireland Utara 1 (Magennis 75)

Romania mln Norway - tunda

Kumpulan 2

Slovakia 1 (Gregus 32) Scotland 0

Republik Czech 1 (Darida 7) Israel 0

Kumpulan 3

Turki 3 (Karaman 26, Under 32, Tosun 52-pen) Rusia 2 (Cheryshev 11, Kuzyaev 57)

Hungary 1 (Kalmar 39) Serbia 1 (Radonjic 17)

Kumpulan 4

Bulgaria 1 (Iliev 68) Finland 2 (Pukki 7, Lod 45+1)

Wales 1 (Brooks 67) Republik Ireland 0

Liga C

Kumpulan 2

Macedonia Utara 2 (Trickovski 29, Stojanovski 68) Estonia 1 (Sappinen 52)

Georgia 1 (Qazaishvili 65-pen) Armenia 2 (Ghazaryan 33, Adamyan 86)

Kumpulan 3

Moldova 0 Greece 2 (Fortounis 32, Bakasetas 41)

Slovenia 2 (Kurtic 63, Ilicic 90+4-pen) Kosovo 1 (Muriqi 58)

Kumpulan 4

Albania 3 (Cikalleshi 16, Ismajli 23, Manaj 63) Kazakhstan 1 (Kuat 25)

Belarus 2 (Yablonski 5, Ebong 20) Lithuania 0

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 November 2020 @ 7:14 AM