Penyerang Belgium, Romelu Lukaku (kanan) mengatasi pertahanan Denmark pada aksi Liga Negara-Negara. FOTO AFP
Penyerang Belgium, Romelu Lukaku (kanan) mengatasi pertahanan Denmark pada aksi Liga Negara-Negara. FOTO AFP
AFP

Leuven, Belgium: Belgium menewaskan Denmark 4-2 di Leuven untuk mengesahkan tempat pada pusingan akhir Liga Negara-Negara tahun depan, ketika Romelu Lukaku meledak dua gol, manakala Itali turut layak selepas membenam Bosnia Herzegovina, pagi ini.

Belgium skuad yang berada di ranking nombor satu dunia kendalian Roberto Martinez hanya perlu mengelak kekalahan untuk layak dari Kumpulan A2 namun berjaya mengesahkan tempat ke saingan akhir itu dengan penuh bergaya.

Lukaku kini menjaringkan 17 gol dalam 14 perlawanan antarabangsa terakhirnya selepas meledak dua gol pada babak kedua.

Itali yang perlu menang di Sarajevo untuk mara dari Kumpulan A1, tetapi berdepan sedikit masalah menewaskan Bosnia 2-0.

Andrea Belotti menjaringkan gol pembukaan dan pemain Sassuolo, Domenico Berardi memastikan jaringan kedua dalam dua perlawanan berturut-turut.

Belgium dan Itali akan menyertai juara dunia, Perancis dan Sepanyol yang layak ke saingan akhir Oktober tahun depan.

Keputusan Liga Negara-Negara:

Liga A

Kumpulan 1

di Sarajevo

Bosnia Herzegovina 0 Itali 2 (Belotti 22, Berardi 68)

di Chorzow, Poland

Poland 1 (Jozwiak 6) Belanda 2 (Depay 77-pen, Wijnaldum 84)

Kumpulan 2

di London

England 4 (Rice 20, Mount 24, Foden 80, 84) Iceland 0

di Leuven, Belgium

Belgium 4 (Tielemans 3, Lukaku 56, 69, De Bruyne 88) Denmark 2 (Wind 17, Chadli 87-gs)

Liga B

Kumpulan 1

Ireland Utara 1 (Boyce 56) Romania 1 (Bicfalvi 81)

Austria 1 (Grbic 90+4) Norway 1 (Zahid 61)

Kumpulan 2

Israel 1 (Solomon 44) Scotland 0

Republik Czech 2 (Soucek 17, Ondrasek 55) Slovakia 0

Kumpulan 3

Serbia 5 (Radonjic 10, Jovic 25, 45+1, Vlahovic 41, Mladenovic 64) Russia 0

Hungary 2 (Siger 57, Varga 90+5) Turkey 0

Kumpulan 4

Republik Ireland 0 Bulgaria 0

Wales 3 (Wilson 29, James 46, Moore 84) Finland 1 (Pukki 63)

Liga C

Kumpulan 2

Armenia 1 (Hambartsumyan 55) Macedonia Utara 0

Georgia 0 Estonia 0

Kumpulan 3

Kosovo 1 (Kastrati 31) Moldova 0

Greece 0 Slovenia 0

Kumpulan 4

Kazakhstan 1 (Aimbetov 38) Lithuania 2 (Vorobjovas 40, Novikovas 90+4)

Albania 3 (Cikalleshi 20, 27-pen, Manaj 44) Belarus 2 (Skavysh 35, Ebong 80)

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 November 2020 @ 7:08 AM