Pemain Sepanyol, Ferran Torres (kanan) menewaskan penjaga gol Jerman, Manuel Neuer pada aksi Liga Negara-Negara UEFA di Seville. FOTO AFP
Pemain Sepanyol, Ferran Torres (kanan) menewaskan penjaga gol Jerman, Manuel Neuer pada aksi Liga Negara-Negara UEFA di Seville. FOTO AFP
AFP

Seville, Sepanyol: Sepanyol memberikan Jerman kekalahan terburuk dalam tempoh 89 tahun pagi ini, ketika mencatat kemenangan bergaya 6-0 di Seville seterusnya mara ke pusingan akhir Liga Negara-Negara.

Jerman belum pernah kalah teruk sejak tewas kepada Austria dengan jumlah jaringan yang sama dalam aksi persahabatan pada 1931.

Sepanyol ternyata pasukan yang hebat berbanding Jerman di Seville, apabila Ferran Torres meledak hatrik untuk mengesahkan reputasinya sebagai antara pemain bola sepak yang mempunyai prospek cerah.

Alvaro Morata dan Rodri turut menemui sentuhan untuk menjadikan 3-0 sebelum rehat separuh masa permainan dan ketika Sergio Ramos dikeluarkan kerana kecederaan Jerman masih gagal memanfaatkan peluang menghasilkan jaringan.

Sebaliknya, Torres mengesahkan dua lagi gol dan Mikel Oyarzabal menambah gol keenam lewat permainan untuk mengesahkan kekalahan kedua terbesar Jerman, kekalahan teruk mereka 0-9 kepada pasukan amatur England pada 1909.

Joachim Loew memastikan Jerman memenangi Piala Dunia pada 2014 tetapi selepas 14 tahun mengambil alih, dia bakal berdepan tekanan selepas dimalukan pada aksi itu.

Sepanyol mempamerkan persembahan terbaik di bawah kendalian Luis Enrique untuk memberi mereka harapan cerah sebagai pencabar utama bagi Kejohanan Eropah pada musim panas akan datang.

Keputusan Liga Negara-Negara

Liga A

Kumpulan 3

Croatia 2 (Kovacic 29, 65) Portugal 3 (Ruben Dias 52, 90, Joao Felix 60)

Perancis 4 (Giroud 16, 59, Pavard 36, Coman 90+5) Sweden 2 (Claesson 5, Quaison 88)

Kumpulan 4

Sepanyol 6 (Morata 17, Ferran Torres 33, 55, 71, Rodri 38, Oyarzabal 89) Jerman 0

Switzerland mln Ukraine (batal)

Liga C

Kumpulan 1

Luxembourg 0 Azerbaijan 0

Montenegro 4 (Jovetic 14, Boljevic 25, 28, Mugosa 60) Cyprus 0

Liga D

Kumpulan 1

Malta 1 (Guillaumier 54) Kepulauan Faroe Islands 1 (Jonsson 70)

Andorra 0 Latvia 5 (Cernomordijs 6, J. Ikaunieks 57), 60, Gutkovskis 70-pen, Krollis 90-pen)

Kumpulan 2

Gibraltar 1 (Brandle 17-og) Liechtenstein 1 (Frick 44)

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 November 2020 @ 7:09 AM