RAKUTEN kekal menjadi penaja utama Barca sehingga Jun 2022. FOTO AFP
RAKUTEN kekal menjadi penaja utama Barca sehingga Jun 2022. FOTO AFP
AFP

Barcelona: Syarikat Jepun, Rakuten bersetuju untuk terus menjadi penaja utama Barcelona bagi tempoh semusim lagi.

Gergasi peruncit dalam talian itu memilih untuk menyambung klausa sehingga Jun 2022 selepas menandatangani sejak 2017.

Rakuten dan Barcelona bersetuju melaksanakan pilihan yang disediakan dalam perjanjian 2017 bagi menyambung kerjasama untuk satu musim lagi, selepas kontrak selama empat tahun sudah berakhir.

Jurucakap Barcelona berkata, Rakuten akan terus menjadi rakan global utama, inovasi dan hiburan dengan logo syarikat berkenaan kekal tertera di depan jersi mereka bagi musim 2021/22.

Penyambungan penajaan hadir ketika mereka sedang diuji dengan masalah kewangan, tatkala kelab paling kaya di dunia juga merasai impak disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 November 2020 @ 10:10 PM