AMIN (kanan) turut tertanya-tanya punca kemerosotan prestasi Zii Jia (kiri). FOTO ARKIB NSTP
AMIN (kanan) turut tertanya-tanya punca kemerosotan prestasi Zii Jia (kiri). FOTO ARKIB NSTP
Affan Rostam


Kuala Lumpur: Kekalahan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia seawal pusingan pertama Terbuka Jepun, hari ini mendapat perhatian ramai termasuk pengacara dan penceramah motivasi terkenal, Amin Idris.

Amin dalam satu hantaran di Facebook dilihat mahu mengetahui apakah punca sebenar membayangi pemain di ranking ke-5 dunia itu memandangkan prestasinya sedikit merudum ketika ini.

"Lee Zii Jia! Apa sudah jadi? Dulu kata keluar BAM (Persatuan Badminton Malaysia) untuk 'improve performance' (tingkatkan prestasi). Nampak ada 'good sign' (petanda baik). Menang A championship, Thailand Open, rekod tanpa tewas dalam Piala Thomas.

"Dulu tak nak masuk Komanwel (Sukan Komanwel Birmingham 2022) sebab nak fokus World Championship (Kejohanan Badminton Dunia). Sekali masuk World Championship, LZJ (ranking no 5 dunia) kalah kepada Zhao Junpeng (ranking no 26) di pusingan awal.

"Hari ni pula tewas straight set pusingan awal Terbuka Jepun. Apa sudah jadi Lee Zii Jia?," katanya.

Bagaimanapun, Amin berharap juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 itu dapat bangkit pada masa akan datang selain terus kuat dalam menghadapi segala kritikan.

"We love you bro, but please dont self destruct yourself (kami sayang kamu tapi tolong jangan bunuh diri sendiri). Moga bangkit kembali menangkis kritikan. What doesn't kills you make you stronger bro (apa yang tidak membunuh kamu menjadikan kamu lebih kuat)," katanya.

Pada perlawanan di Maruzen Intec Arena Osaka hari ini, Zii Jia tewas di tangan pemain India yang berada di ranking ke-14 dunia, K Srikanth dengan mata 20-22, 21-23.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Ogos 2022 @ 6:57 PM