PANG Ron-Yee See akan menentang pasangan Indonesia esok.
PANG Ron-Yee See akan menentang pasangan Indonesia esok.
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Tiga wakil negara berjaya mara ke separuh akhir acara individu di Sukan Sea Hanoi selepas menewaskan lawan masing-masing, hari ini.

Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See yang diletakkan selaku pilihan kedua, tidak berdepan masalah menewaskan wakil Thailand, Chaloempon Charoenkitamorn-Laksika Kanlaha 21-8 21-16.

Pada aksi separuh akhir esok, Pang Ron-Yee See akan bertemu pilihan ketiga dari Indonesia, Adnan Maulana-Mychelle Crhystine Bandaso.

Turut mara satu lagi beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei yang menewaskan pasangan Singapura, Hee Yong Kai-Tan Wei Han 21-19 21-19.

Menanti Tang Jie-Yen Wei di separuh akhir pula adalah pilihan utama yang juga dari Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari.

Mengikut jejak langkah kedua-dua beregu campuran negara itu adalah beregu wanita negara, Cheah Yee See-Cheng Su Hui yang menewaskan gandingan Filipina, Airah Albo-Thea Pomar 21-13 21-11.

Pada aksi separuh akhir esok, gandingan negara akan berdepan wakil Thailand, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard.

Sementara itu, cabaran dalam acara perseorangan lelaki dan wanita berakhir selepas Lee Shun Yang yang berkedudukan ke-276 dunia tewas di tangan pemain ke-18 dunia Kunlavut Vitidsam dari Thailand 11-21, 11-21 dalam masa 39 minit manakala Siti Nurshuhaini Azman (ke-237) tewas kepada pemain ke-10 dunia, Pornpawee Chochuwong dari Thailand.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mei 2022 @ 9:21 PM