TANG Jie (dua kanan) dan Yen Wei (kanan) bersama Pang Ron dan Yee See di pentas podium. FOTO Agensi
TANG Jie (dua kanan) dan Yen Wei (kanan) bersama Pang Ron dan Yee See di pentas podium. FOTO Agensi
Ferzalfie Fauzi dan Sukhairi Thani dan Fadhli Ishak

Kuala Lumpur: Skuad badminton negara akhirnya menamatkan kemarau pingat emas 23 tahun dalam acara beregu campuran selepas gandingan Chen Tang Jie-Peck Yen Wei berjaya menewaskan rakan sepasukan, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See di final Sukan Sea Hanoi di Vietnam, sebentar tadi.

Walaupun bertemu rakan sepasukan, namun bukanlah mudah buat Tang Jie-Yen Wei untuk mencipta kemenangan apabila terpaksa berhempas pulas sebelum meraih kemenangan 15-21,21-19,21-13.

Perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Bac Giang itu menyaksikan Pang Ron- Yee See diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan terlebih mencipta kemenangan menerusi 21-15..

Status 'underdog' yang diletakkan kepada Tan Jie-Yen Wei jelas tidak membuatkan mereka goyah apabila bangkit pada dua set berikutnya sekali gus memastikan pingat emas milik mereka.

Pan Ron-Yee See yang diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan pula tetap berpuas hati membawa pulang pingat perak untuk negara.

Tan Jie-Yen Wei digelar sebagai 'pembunuh gergasi' selepas menumbangkan pilihan pertama kejohanan dari Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari 20-22 21-13 21-18.

Kejayaan itu sekali gus menyaksikan kem badminton tidak pernah pulang hampa dan tetap menjadi antara penyumbang emas untuk kontinjen Malaysia.

Terdahulu, perak menjadi milik kem badminton negara menerusi acara berpasukan lelaki selepas tewas kepada Thailand 3-0 di pentas final.

Gangsa pula disumbangkan beregu wanita negara, Cheah Yee See-Cheng Su Hui selepas kecundang kepada pasangan adik beradik dari Thailand, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard 21-16,21-6 di separuh separuh akhir semalam.

Secara keseluruhan, kem badminton negara membawa pulang satu emas dua perak dan satu gangsa di edisi sukan Sea 2022.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mei 2022 @ 4:10 PM