REEZAL mengucapkan tahniah kepada Zii Jia.
REEZAL mengucapkan tahniah kepada Zii Jia.
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Biarpun memegang portfolio berbeza bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican tetap mengikuti perkembangan sukan tanah air.

Malah beliau turut berdebar menyaksikan skuad Piala Thomas negara beraksi di Bangkok, Thailand semalam yang mana skuad negara berjaya menjinakkan Jepun 3-2.

Reezal turut kagum dengan prestasi Lee Zii Jia selepas menewaskan pemain nombor dua dunia Kento Momota 21-17, 21-8.

"Saya sempat membuat panggilan video untuk mengucapkan tahniah kepada Zii Jia selepas menghadiahkan mata pertama kepada negara. Kemaihh hang Zii Jia! kaw-kaw hang bagi Momota," katanya.

Terdahulu, Malaysia mara ke suku akhir selaku juara Kumpulan D selepas kemenangan ke atas Jepun 3-2 dan akan menentang India malam ini.

Kemenangan itu menyaksikan skuad negara menang semua aksi peringkat kumpulan selepas turut menewaskan England dan Amerika Syarikat dalam dua perlawanan awal.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mei 2022 @ 6:36 PM