PENG Soon (kanan) dan Valeree mara ke pusingan kedua. FOTO Badminton Photo
PENG Soon (kanan) dan Valeree mara ke pusingan kedua. FOTO Badminton Photo
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Valeree Siow tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi di Lucknow, India, hari ini.

Pilihan kelima kejohanan hanya memerlukan 22 minit untuk menjinakkan gandingan tuan rumah, Santosh Gajendran-Deethya Jagadish 21-16, 21-13 untuk mara ke pusingan kedua kejohanan.

Peng Soon-Valeree yang baru digandingkan awal tahun ini akan berdepan wakil tuan rumah, Balkeshari Yadav-Swetaparna Panda bagi perebutan tiket ke suku akhir, esok.

Sementara itu hasrat untuk menyaksikan, pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong beraksi tidak kesampaian apabila pemain itu menarik diri daripada beraksi di pusingan pertama hari ini sekali gus memberikan kemenangan percuma kepada lawan dari Thailand Adulrach Namkul untuk melangkah ke pusingan kedua.

Namun pemain perseorangan lelaki profesional, Soong Joo Ven berjaya mara ke pusingan kedua selepas menewaskan S Sankar Muthusamy Subramanian dari India 21-18, 21-15.

Dia yang baharu menandatangani kontrak bersama dengan Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) akan berdepan seorang lagi pemain India, Mithun Manjunath bagi perebutan slot ke suku akhir esok.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 January 2022 @ 7:59 PM