K Yogendran. FOTO FB K Yogendran
K Yogendran. FOTO FB K Yogendran
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan penambahan jurulatih di bahagian perseorangan lelaki dengan melantik K Yogendran.

Bekas pemain kebangsaan itu bersedia untuk memperkuatkan bahagian perseorangan lelaki yang diketuai oleh Hendrawan dan dibantu Datuk Tey Seu Bock.

Yogendran, 39, mempunyai pengalaman menjadi jurulatih di luar negara apabila membimbing pasukan kebangsaan Mauritius.

Menurut BAM dalam satu kenyataan hari ini, Yogendran akan melapor diri di Akademi Badminton Kebangsaan (ABM) di Bukit Kiara pada 1 Disember depan.

"BAM akan terus mencari jalan untuk memperkukuh tenaga kejurulatihan pasukan kebangsaan bagi membantu memenuhi potensi besar skuad muda," kata badan induk itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 November 2021 @ 10:09 PM