Khabib (kiri) akan berdepan Gaethje dalam pertembungan UFC 254. FOTO Agensi
Khabib (kiri) akan berdepan Gaethje dalam pertembungan UFC 254. FOTO Agensi
Agensi

Abu Dhabi: Justin Gaethje menegaskan ibunya boleh berhenti bekerja selepas dia melengkapkan pertembungan berdepan Khabib Nurmagomedov pada UFC 254, hujung minggu ini.

Gaethje dijangka membawa pulang lebih £2.5 juta (RM13.5 juta) susulan pertarungan dengan Khabib di Fight Island.

Bercakap menjelang perlawanan itu, Gaethje mengakui selagi pertarungan itu berjalan lancar dia akan memastikan ibunya, Carolina - kelahiran Mexico dan berkerja di pejabat pos - tidak lagi perlu bekerja.

"Ibu bapa saya tidak pernah melakukan perjalanan antarabangsa dengan kapal terbang," kata Gaethje kepada BT Sport menjelang perlawanan di Fight Island bersama Khabib.

"Mereka harus terbang dengan kelas business. Mereka tidak pernah terbang dengan kelas business.

"Bapa saya [John] bersara setahun yang lalu - dia berkerja 37 tahun di lombong bijih dan ibu pula akan bersara selepas ini.

"Saya akan memastikan ibu akan bersara selepas pertarungan ini. Dia sudah berkerja lebih 35 tahun.

"Mereka bekerja keras untuk menampung kehidupan kami adik-beradik. Inilah masa untuk saya menggembirakan ibu dan agar ibu dapat berehat."

Gaethje, 31, dari Amerika tampil pada saat akhir untuk menewaskan Tony Ferguson, 36, bagi kejuaraan interim.

Selepas Khabib, 31, tidak dapat mempertahankan kejuaraan tali pinggang lightweight di UFC 249 berikutan pandemik Covid-19.

Ia sekali gus melayakkan pertemuan berdepan Khabib, dengan Gaethje tidak berminat menyerahkan kejuaraan dengan mudah kepada atlet Russia yang tidak pernah tewas itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Oktober 2020 @ 3:07 PM