Atlet seni bela diri campuran dari Amerika Syarikat, Justin Gaethje. FOTO Agensi
Atlet seni bela diri campuran dari Amerika Syarikat, Justin Gaethje. FOTO Agensi
Agensi

JUSTIN Gaethje tetap mahu mencatat kemenangan ke atas Conor McGregor tetapi hanya selepas dia bertarung dengan Khabib Nurmagomedov.

Gaethje yang mengejar pertembungan bersama warga Ireland sejak 2019 - sedang merancang perlawanan berdepan McGregor pada musim panas ini.

Namun selepas Khabib, 31, tidak dapat mempertahankan kejuaraan tali pinggang lightweight di UFC 249 berikutan pandemik Covid-19, atlet berusia 31 tahun dari Amerika itu tampil pada saat akhir untuk menewaskan Tony Ferguson, 36, bagi kejuaraan interim.

Ia sekali gus melayakkan pertemuan berdepan Khabib, dengan Gaethje tidak berminat menyerahkan kejuaraan dengan mudah kepada atlet Russia yang tidak pernah tewas sekalipun dalam perlawanan berdepan bintang Ireland berusia 31 tahun, McGregor.

Namun kejuaraan interim berkenaan memerlukannya untuk melakukan pergerakan ke kawasan musuh dan berdepan The Notorious di Ireland.

Gaethje berkata : "Khabib adalah yang terbaik di dunia. Saya sudah bekerja sejak berusia empat tahun untuk berdepan cabaran seperti ini.

"Dan saya sangat gembira untuk mewakili Amerika Syarikat berdepan Dagestan atau atlet terbaik Russia. Dia mencatat 28-0 dan tiada saingan lain yang saya mahukan ketika ini. Saya mahu berlawan dengannya.

"Kemudian saya akan ke Ireland dan melakukan apa yang harus saya lakukan."

Minggu lalu, Presiden UFC, Dana White mendedahkan McGregor sudah bertanya kepadanya bila dia dapat kembali ke gelanggang octagon dan mengesahkan minat untuk bersaing di 'Pulau Pertarungan'.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mei 2020 @ 10:54 AM