WILSON (dua kanan) meraikan jaringannya bersama Andy Carroll selepas menyempurnakan sepakan penalti. FOTO AFP
WILSON (dua kanan) meraikan jaringannya bersama Andy Carroll selepas menyempurnakan sepakan penalti. FOTO AFP
Agensi

London: Newcastle terselamat apabila memperoleh gol penyamaan pada masa kecederaan menerusi sepakan penalti sekali gus mengikat Tottenham Hotspur 1-1.

Spurs sepatutnya mampu meraih kemenangan besar 5-0 jika memanfaatkan banyak peluang terhidang sebelum pengadil menghadiahkan sepakan penalti pada masa kecederaan kepada Newcastle selepas bola terkena tangan Eric Dier.

Callum Wilson menyempurnakan sepakan penalti itu sekali gus membuatkan pengurus Spurs, Jose Mourinho kelihatan bengang selepas tamat perlawanan.

Lucas Moura meletakkan Spurs di depan selepas menerima hantaran cantik Harry Kane minit ke-25.

Son Heung-min yang menjaringkan empat gol ketika mencatat kemenangan 5-2 ke atas Southampton minggu lalu, terlepas dua peluang keemasan untuk menjaringkan gol.

Newcastle hanya beberapa kali melakukan cubaan tetapi gagal membolosi gawang Spurs sebelum penalti pada masa kecederaan menyelamatkan mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 September 2020 @ 11:32 PM