HEUNG Min menjaringkan empat gol untuk membantu Spurs mencatat kemenangan 5-2 ke atas Southampton. FOTO AFP
HEUNG Min menjaringkan empat gol untuk membantu Spurs mencatat kemenangan 5-2 ke atas Southampton. FOTO AFP
AFP

Southampton: Son Heung Min memusnahkan Southampton hasil ledakan empat gol untuk membantu Tottenham meraih kemenangan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini hasil kemennagan 5-2 di St Mary.

Selepas 24 jam Spurs menandatangani Gareth Bale, penyerang Korea Selatan itu mempamerkan persembahan mantap bagi membuktikan bahawa pasukan bimbingan Jose Mourinho sudah mempunyai banyak kekuatan.

Danny Ings meletakkan Southampton di depan pada separuh masa pertama namun Heung Min berjaya menyamakan kedudukan sebelum rehat dan meledak tiga lagi gol di separuh masa kedua.

Harry Kane, yang menyaksikan dua percubaannya pada separuh masa pertama mengenai tepi jaring, berjaya menjaringkan gol kedua musim ini.

Selepas tewas kepada Everton pada aksi pembukaan EPL hujung minggu lalu, Tottenham dilanda dengan khabar angin bahawa Dele Alli akan meninggalkan pasukan tatkala dia tidak diturunkan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 September 2020 @ 10:56 PM