PENJAGA Gol Southampton, Alex McCarthy gagal menyelamatkan sepakan penalti Mount. FOTO EPA
PENJAGA Gol Southampton, Alex McCarthy gagal menyelamatkan sepakan penalti Mount. FOTO EPA
AFP

Southampton: Mason Mount berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah Thomas Tuchel apabila pemain tengah Chelsea itu berjaya menyempurnakan penalti untuk gol penyamaan ketika seri 1-1 bertemu Southampton sebentar tadi.

Pasukan bimbingan Tuchel ketinggalan dengan gol pertama lawan pada separuh masa pertama melalui bintang Jepun, Takumi Minamino di St Mary.

Mount hadir sebagai penyelamat apabila menyempurnakan penalti pada separuh masa kedua mengekalkan rekod tanpa kalah Tuchel dalam tujuh perlawanan di semua kejohanan sejak menggantikan Frank Lampard yang dipecat.

Chelsea kekal di tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas rekod lima kemenangan berturut-turut mereka berakhir.

Mereka akan tergelincir dari kelompok empat terbaik jika West Ham mengalahkan Tottenham esok.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Februari 2021 @ 11:11 PM