Kasma Daniel Kasmayudin. FOTO File NSTP
Kasma Daniel Kasmayudin. FOTO File NSTP
Aida Adilah Mat


PELUMBA Moto2 negara, Kasma Daniel Kasmayudin mempelajari sesuatu yang berguna di Grand Prix Republik Czech untuk dijadikan bekalan pada aksi seterusnya di Litar Red Bull Ring-Spielberg yang akan menjadi tuan rumah untuk GP Austria minggu ini.

Kemalangan yang menimpa pelumba ONEXOX TKKR SAG Team dalam aksi Moto2 di Grand Prix Republik Czech bukanlah penamat yang diharapkan namun terpaksa berpuas hati dengan kejadian yang menimpanya itu.

Biarpun begitu, Kasma berkata, dia sangat berpuas hati dengan jenteranya pada perlumbaan lalu namun sedikit kesilapan berakhir dengan kemalangan pada awal perlumbaan.

"Ia bukan permulaan yang baik untuk kami. Tapi saya belajar daripada kesilapan itu.

"Saya gembira pasukan berjaya melakukan tugas yang hebat pada hujung minggu lalu.

"Saya harap kami akan kembali lebih kuat untuk perlumbaan seterusnya dengan belajar daripada kesilapan yang dilakukan pada perlumbaan sebelum ini," katanya.

Pelumba yang membuat penampilan pertama di GP Qatar, pada Mac lalu dalam saingan Moto2 akan meneruskan aksi di GP Austria minggu ini sebelum kembali ke medan pertarungan untuk GP Styria yang menjadi lokasi bagi pusingan keenam musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Ogos 2020 @ 9:11 PM