MCILROY berjaya meraih kejuaraan Piala The CJ. FOTO AFP
MCILROY berjaya meraih kejuaraan Piala The CJ. FOTO AFP
Reuters

Washington: Pemain golf Ireland Utara, Rory McIlroy berjaya melakukan 67 pukulan di Piala The CJ di Carolina Selatan untuk mempertahankan kejuaraan dan kembali ke ranking nombor satu dunia.

McIlroy kembali ke ranking nombor satu dunia buat kali pertama sejak 18 Julai.

Dia berjaya memintas Scottie Scheffler, yang berjaya dikalahkan di Tour Championship pada September untuk meraih kejuaraan Piala FedEx.

"Ia amat bermakna. Tahun lalu, kejohanan ini menjadi medan untuk saya bangkit semula seperti sekarang.

"Saya mengharungi Piala Ryder yang sukar. Saya rasa saya berada di luar kelompok 10 terbaik dunia. Ia bukan kedudukan yang biasa buat saya," kata McIlroy.

McIlroy mempertahankan gelaran Piala CJ yang dimenanginya tahun lalu di Las Vegas.

Kejohanan berkenaan dipindahkan dari Korea Selatan untuk tahun ketiga berturut-turut disebabkan kekangan perjalanan akibat pandemik Covid-19.

Ia adalah gelaran Jelajah PGA ke-23 dalam kariernya dan satu lagi persembahan meyakinkan musim ini selepas memenangi Piala FedEx buat kali ketiga dan menamatkan keempat-empat kejohanan major dalam kelompok lapan terbaik.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Oktober 2022 @ 11:13 AM